20 April 2009

Kepentingan menjaga Amanah...



عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-:
(أد الأمانة إلى من ائتمنك ولا تخن من خانك )
(أبو داود/3535) ، (الترمذي/1246)


Dari Abu Hurairah ra. dia berkata: "Rasulullah saw. bersabda: 'Jalankanlah amanah yang diamanahkan kepadamu, dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu.'" (Abu Daud, 3535 dan Tirmizi, 1264).

Sabda Rasulullah: "Jalankanlah amanat" adalah perintah, dan perintah itu sifatnya adalah untuk mewajibkan. Allah swt. berfirman: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya." (An-Nisa:58).

Amanat adalah segala sesuatu yang wajib dikerjakan.

Dan sabdanya: "Janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu:" artinya janganlah kamu memperlakukannya sebagaimana dia memperlakukan kamu, dan janganlah membalas pengkhianatannya dengan pengkhianatanmu. Ini adalah nas tentang kewajiban menjalankan amanah, kerana amanah itu hanyalah merupakan pinjaman, dan sebagainya.
Nas ini juga menunjukkan bahwa orang yang melakukan kejahatan akan dibalas kejahatan. Ini adalah masalah yang diperdebatkan oleh para ulama tentang orang yang tidak melakukan amanah, tetapi pemberian maaf adalah lebih baik bagi mereka yang terbeban dengannya terhadap orang yang memberi amanah kepadanya, berdasarkan firman Allah swt.: "Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang lalim." (Asy-Syura:40)

Lihat: Subulus Salam, jilid 3, halaman 89.

Kepentingan menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran



عن حذيفة بن اليمان -رضي الله عنهما- عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال:
( والذي نفسي بيده لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر، أو ليوشكن الله أن يبعث عليكم عقابا منه، ثم تدعون فلا يستجاب لكم )
الترمذي (2169)

Dari Huzaifah bin Yamani ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Demi Yang jiwaku berada di tangan-Nya. Sungguh kalian harus menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari kemungkaran atau Allah akan mempercepat azab dari-Nya lalu kalian berdoa tetapi tidak akan dikabulkan." Tirmizi, hadis nomor 2169.
"Makruf" adalah nama untuk semua bentuk ketaatan kepada Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya, berbuat baik kepada manusia, dan segala sesuatu yang disunahkan dan dimakruhkan.
Hadis ini menyatakan bahwa salah satu dari dua hal pasti terjadi:
Amar makruf (menyuruh kepada kebaikan) dan nahi mungkar (mencegah kemungkaran), atau diturunkannya azab dari Allah dan tidak dikabulkannya doa.

- Dalam hal ini, ancaman yang keras terhadap melalaikan kewajiban amar ma'ruf, nahi mungkar.

- Bahwa jika azab diturunkan, maka akan mengenai yang saleh dan yang jahat.

- Amar ma'ruf, nahi mungkar wajib dilakukan oleh seseorang terhadap orang lain yang berada di bawah tanggung jawabnya, seperti penguasa terhadap rakyatnya, seorang bapak terhadap orang-orang yang di bawah tanggungannya. Setiap pemimpin bertanggung jawab atas yang dipimpinnya.

Dosa besar akibat tinggalkan solat...


Allah berfirman ertinya; "Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang jelek)yang menyia-nyiakan solat dan menuruti hawa nafsunya ,maka mereka kelak akan menemui kesesatan.Kecuali orangy na bertaubat,beriman dan beramal soleh".

Kata Ibnu Abbas R.H.U ." Pengertian meninggalkan tersebut tidak bererti meninggalkan solat itu sama sekali.Malah yang dimaksudkan ialah mengakhirkan dari waktunya.Tetapi pendapat Said bin Musayyib ,seorang tokoh ulama dari kalangan Tabiin bahawa :Orang itu tidak solat Zohor ,kecuali hingga datangnya waktu Asar,Tidak Solat Asar hingga datangnya waktu maghrib,tidak solat Maghrib hingga datangnya waktu Insya' dan tidak solat Insya' hingga datangnya waktu Fajar.Maka barangsiapa yang mati dan dengan cara tetap semacam ini dan tidak bertaubat (sebelum matinya),maka Allah s.w.t menjanjikan padanya sebagai seorang yang berdosa.Dan itu ,akan memasuki lubang Neraka Jahannam pada bahagian yang amat dalam,dengan makanannya dengan jelek.

Diterangkan dalam Al-Quran orang meninggalkan solat itu bukan sahaja semata-mata meninggalkan solat akan tetapi orang lalai dalam solat juga di kira sebagai meninggalkan solat. Firman Allah yang bermaksud;" Ertinya Maka celakalah orang-orang yang yang melakukan solat.Iaitu Orang-orang yang lalai didalam solatnya".

Jelaslah disini betapa besarnya dosa orang yang lalai dan meninggalkan solat.

Kajian Saintifik menunjukan Solat dapat ubati mati pucuk


KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.


Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.


SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

www.bharian.com.my/20april2009

19 April 2009

Persoalan Agama: Hukum sentuh terjemahan al-Quran tanpa wuduk



SAYA musykil, apakah perempuan yang didatangi haid boleh memegang dan membaca tafsir al-Quran? Jika boleh, adakah seseorang itu harus mengambil wuduk untuk membaca tafsir berkenaan?

HUSNA,
Perak

WANITA yang didatangi haid tidak boleh memegang mashaf al-Quran dan membaca ayatnya seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak boleh seseorang yang berjunub dan kedatangan haid membaca sesuatu pun dari ayat-ayat al-Quran” - (Riwayat at- Tirmizi )



Bagaimanapun, sekiranya membaca doa menaiki kenderaan dan sebagainya (di mana doa itu adalah sebahagian daripada al-Quran) yang diniatkan menjadi zikir ia adalah dibolehkan.

Mereka boleh membaca terjemahan atau tafsir ayat al-Quran dan memegangnya tanpa perlu mengambil wuduk. Namun mereka hendaklah memelihara jari jemari daripada tersentuh ayat al-Quran bagi menghormati ayat suci tersebut.

Keikhlasan dalam ibadat


TUJUAN manusia berada di muka bumi ialah untuk beribadat kepada Allah SWT iaitu menunaikan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya serta bertindak sebagai khalifah yang memakmurkan bumi dengan kelebihan dan keistimewaan yang dimiliki mereka. "Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku" (Surah al-Dzariyyat: Ayat 51)

Oleh itu, Islam sudah menyatakan sebarang pekerjaan yang menghasilkan pendapatan oleh tangannya sendiri bukan dengan jalan meminta-minta dan sebagainya seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidaklah ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada apa yang dimakannya daripada hasil usaha tangannya sendiri". (Riwayat al-Bukhari).

Umat Islam boleh menjadikan pekerjaannya sebagai ibadat dengan menuruti beberapa syarat iaitu antaranya:

1. Niat ikhlas kerana Allah. Ia akan mengangkat manusia kepada kemuncak ketinggian dan kemuliaan insan. Ikhlas juga akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan, membawa kedamaian dan kesejahteraan serta terhindar daripada sifat riak demi mengharapkan reda Allah.

2. Al-Siddiq (Benar), Ia akan menjamin dalam mengembalikan hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara masyarakat tidak kira seorang alim, pemimpin, hakim, saudagar, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa.

Menurut Imam al-Ghazali ada beberapa jenis sifat Siddiq. Antaranya:



Benar pada lidah – menyampaikan sesuatu kenyataan atau berita menepati apa yang sebenarnya.


Benar pada niat – membuat sesuatu amal kebajikan kerana Allah, benar pada azam - membulatkan tekad melakukan kebajikan seperti sudah menjadi azam.


Benar pada janji dan benar pada amal – Berusaha bersungguh-sungguh supaya amalan lahirnya menepati dengan apa yang tersembunyi dalam dirinya.


Amanah – Orang yang amanah akan mendapat kepercayaan orang ramai, sebaliknya orang khianat menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan. Ia asas kepada ketahanan umat, kestabilan negara dan roh kepada keadilan.


Fatanah (Bijaksana) – Bijaksana dalam melaksanakan sesuatu kerja dengan menghindari perkara yang boleh mendatangkan rasa tidak puas hati tidak bertempat, mengagihkan kerja mengikut keupayaan seseorang, menyampaikan arahan serta memelihara aib saudara Muslim yang lain.

Kesimpulannya, Islam membenarkan sebarang pekerjaan asalkan tidak bersalahan dengan landasan dibenarkan syarak. Kejayaan, kebaikan dan pahala dianugerahkan bersandarkan usaha dan amalan seseorang itu seperti firman Allah SWT: "Dan bagi tiap seseorang beberapa darjat tingkatan balasan disebabkan amal yang mereka kerjakan dan ingatlah Tuhan itu tidak lalai daripada apa yang mereka lakukan" (al-An'am: Ayat 132).

Allah SWT juga berfirman di dalam al-Quran untuk menggesa umat manusia merantau dan berusaha mencari rezeki halal dan pada masa sama memelihara maruah dan kehormatan diri serta agama yang bermaksud: "Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah daripada rezeki yang dikurniakan Allah dan kepada-Nya jugalah dibangkitkan hidup semula" (al-Mulk: Ayat 15)