27 Oktober 2010

oo Saiba ooo Saiba

09 Februari 2010

Hari ini yang indah...

9 Februari 2010..Harinih supo biaso aku tido tok berapo leno, tok jenok mano kato ore kelate.Maklumlah kelmarin sari tumah duk bowok mutor jalan2 keliling panji dan pulau melako(berhampiran umah MB),sajo gi derat2 sambil tengok setakat mano kereto aku dah disiat2 kulit nak tukar kulit baru(cat).Sapa sano ingat nakgi sebetar jah ruponyo pehe diri lah gi dgn ore tino ,bilo jupo puok dio buka cito tu ,buko cito nih.alamak tengok jam dh nak ngorib.Pastu balik singgah pasar male,perancangan nakgi jale pasaraya bilal nkgi cari seluar dale tok sempat huhuhuh.tp takpo nak puaskan hati bini gi pasar male,sambil2 carikan makanan,terpelewok belake bowok motor.

Harini pukul 1.30 pg, mato terbuko tak nero tido,pastu tido semula sedar pulok pukul 3 tok nero nak tido balik, aku ambik remot astro buka channel ZEE TV, best giler tgk Hindustan male2 yolah kalu siang dan dinang hari tokleh tengok jenok mana TV sbb berebut remote nge bini aku.Pas habis cito,pukul 5 pg siap2 nkgi balaisoh.bowok muto kena hambat ko peronda polis sbb tok pakai topi tp alhamdulillah sbb nkgi jado tok ime dia tok same lah aku pagi ni,haha..balik umah buat NesVite pastu tido sedar2 pulok pukul 8.30 pg .Siap2 nakgi kijo huje..mujolah mari kijo tok basoh..Allah taala maha kaya time aku nak naik muto, huje pun berenti...aaaah alhamdulillah selamat.

03 Februari 2010

Jumpa adik dan 2 pupu aku kt LCCT,saje lepaskan rindu kat diorang

perjumpaan ngn adik aku, 2 pupu aku kat LCCT pada hari tersebut,almaklumlah sbb lama tk jumpa adik aku yg ngaji kt UKM tu.haritu sempatlah jugak makan KFC beramai-ramai.



HANTAR JAMEY KE LCCT, KLIA.






16 januari 2010. Detik manis buat ayah kerana firstime tp naik flight.Bukan main hepy lagi dia waktu tu, tp marahla jugak dia kat aku sbb aku tempah tiket flight tok bagitau ko dia sbb bimbang tinggalkan lembu dirumah.huhuh tp alhamdulillah tercapai gak hasrat ayah aku bawak naik kapal terbang.

LAGI GAMBAR SEKITAR SOLAT HAJAT DAN JAMUAN LAKSA




SOLAT HAJAT SEMPENA KESYUKURAN ADIK DPT KPLI-SR






15 Januari 2010.Satu majlis solat hajat telah diadakan dirumah org tua aku bagi merafakkan kesyukuran kepada Allah kerana adik aku mendapat tawaran KPLI-SR di IPG, Keningau,Sabah.Sempena solat hajat tersebut abg aku sponsor laksa untuk jamuan orang yang datang solat hajat ketika itu dan juga penduduk kampung aku...

SEKITAR SOLAT HAJAT BERSAMA DYM PEMANGKU RAJA KELANTAN







14 Januari 2010 aku berkesempatan solat hajat bersama DYM Pemangku Raja Kelantan, alhamdulillah bertuah bagi rakyat kelantan kerana mempunyai seorang Pemangku Raja yang low profil...DYM Pemangku Raja bukan calang2 orang kerana Baginda memiliki pendidikan tinggi dan juga ilmu keagaamaan dan pada malam tersebut Baginda sendiri mengimami solat Hajat.Daulat Tuanku.Bagi aku masuk ni dah kali ke-2 aku dapat bersua muka dan solat bersama DYM Pemangku Raja Kelantan.

02 Februari 2010

LAGI GAMBAR PERJALANAN SEKITAR SABAH


GAMBAR KETIKA LAWATAN KERJA DI SABAH





TAHNIAH BUAT JAMEY SEBAB DAPAT KPLI-SR DI KENINGAU,SABAH



Assalamualaikum dan salam 1malaysia,mudah2an di rahmati Allah Azzawajalla...pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada adik aku kerana dapat tawaran KPLI-SR kt Institut Perguruan Keningau, Sabah.Sungguh bertuah buat adik aku sebab selepas menamatkan pelajaran kat Universiti Sains Islam Malaysia atau singkatannya USIM, beliau hanya menganggur selama 4 bulan di rumah.Alhamdulillah pintu rezki terbuka luas buatnya kerana pada Khamis mlm jumaat 8/1/2009 setelah dapat makluman dari seorang kawannya pada kul 12.30 malam menyatakan namanya tersenarai untuk calon KPLI-SR ambilan Januari 2010.Pada malam tu dalam nyenyak aku tido, tiba2 adik aku mesej mengatakan Jamey dapat KPLI.Huh bukan kepalang emak dan ayah aku gembira,almaklumlah selepas aku dapat kerja kat goverment maka adik aku pula membawa harapan untuk keluarga aku.Aku bersyukur atas didikan emak dan ayah aku yang banyak berkorban untuk aku adik beradik.Mudah2an setiap titis peluh mak aku di berkati Allah S.W.T hingga ke Akhirat nanti.Insyaallah pada 16/1/2009 nanti Jamey akan bertolak ke sana,Insyaallah dia akan lapor diri pada 18/1/2009 di Institut Perguruan Keningau,Sabah.Aku pun akan hantar jugok tp setakat LCCT KLIA jah.Saje bowok ayah aku kenal2 LCCT, yerla sbb aku dah kerap sangat dah naik kapal terbang, jadi aku hadiahkan ko ayah aku tiket kapal terbang sekeping kerana berjaya didik adik aku dan aku supayo jadi ore.Pada hari tu aku pun akan gi jugok setakat LCCT jah yerla adik aku tak pernah naik flight jadi aku bimbang kot dia terjun dari kapal terbang...hehehehehe...okey...sapo2 hok ade masa bolehla gi jale umah mek aku jumaat nih sebab nakwat semaye hajat sikit.hehehe..

RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu! Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang - yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpakan penyakit pada badannya, dan kepicikan pada rezekinya."

Anas r.a

Huraian
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu! Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang - yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpakan penyakit pada badannya, dan kepicikan pada rezekinya."

ANTARA SI COMEL & SI MANJA




Ini gambar si comel dan si manja kesayanganku,si comel ku ambil dari rumah kawan kepada abang aku ,sewaktu di bawa pulang si comel ni agak agresif sedikit dan juga liar namun hasil dari didikan kuarga aku maka si comel menjadi baik dan jinak ,tiap2 kali aku memegang plastik makanan ianya terkejar2 untuk dapatkan makanan...si manja pun macam tu baik,jinak dan amat manja ( memang patutlah di panggil manja)hehehe...bukan sahaja manja tapi penuh keriangan.Si Manja ni walau kecil tp geletah kerana kerjanya memang beranak lepastu beranak..hehehehe

adik aku yang grad di USIM


Dalam gambar ni adalah adik aku yang baru tamat belajar kat University Sains Islam Malaysia(dulu dikenali sebagai KUIM,baru2 ni dia pohon jwtn guru KPLI-JqaF..doa-doalah mudah2an dia dapat kerja tu sekurang2nya hilang sikit beban mek aku so tak payahla nak bersengkang mata cari duit dengan menjual tepung bungkus

Majlis-kesyukuran-perkahwinan & pembaziran

SINONIM dengan musim cuti persekolahan dikalangan masyarakat malaysia,maka ramailah kalangan anggota masyarakat mengambil kesempatan untuk mengadakan kenduri kahwin melambangkan kegembiraan dan kesyukuran lantaran bercantum dua hati insan dalam ikatan pernikahan.

Tidak kira di bandar atau kampung, kenduri kahwin berlangsung dalam suasana meriah tanpa mengira kecil atau besar sambutan mengikut kemampuan ekonomi pengantin dan keluarga yang mengadakannya.

Anas bin Malik dalam hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW melaksanakan majlis kenduri kahwin dengan seekor kambing untuk isterinya dan juga untuk Zainab.

Jelas daripada mafhum hadis itu bahawa hukum mengadakan walimah atau kenduri perkahwinan adalah diharuskan sebagai mengumumkan suatu ikatan pernikahan, tetapi hendaklah mengikut batas ditetapkan syariat Islam.

Menurut pandangan Syed Sabaq dalam salah sebuah kitabnya, beliau menerangkan walimah atau kenduri kahwin dapat dilaksanakan ketika berlangsungnya akad nikah atau sesudahnya.

Diriwayatkan oleh Bukhari menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengundang sahabat Baginda untuk menghadiri majlis walimah sesudah Baginda mencampuri isterinya iaitu Zainab.

Pada kisah Abi Usaid juga didapati bahawa walimah yang dilakukan beliau di mana Rasulullah menghadirinya, Abu Usaud menghidangkan kurma yang disimpan pada malam harinya. Ia bermakna, makanan yang ingin dihidangkan pihak keluarga yang mengadakan walimah itu terpulanglah kepada kemampuan mereka.

Yang ingin dijelaskan daripada kisah itu, Islam memberi perhatian istimewa terhadap majlis kenduri kahwin sebagai tanda penghebahan kepada masyarakat bahawa suatu ikatan pernikahan sudah berlangsung dalam keluarga berkenaan.

Namun begitu, dalam mengadakan majlis kenduri kahwin ini, janganlah pula ada di kalangan keluarga Islam yang mengadakannya dengan melampau batas syariat.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang boros itulah saudara syaitan. Dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.”

Sudah menjadi budaya masyarakat barangkali, apabila golongan mewah dan kaya mengadakan kenduri kahwin, jarang sekali mendahulukan orang miskin serta kurang berada sebagai tetamu.

Hal ini dijelaskan Rasulullah SAW dalam sabdanya bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang-orang kaya saja, orang-orang fakir dan miskin tidak pula diundang untuk makan bersama.” (Hadis riwayat Bukhari)

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu dijemput ke majlis perkahwinan, maka hendaklah ia mendatangi majlis tersebut.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab yang ditulis Syed al-Bari ada menyatakan bahawa syarat undangan yang wajib dipenuhi antara lain hendaklah meliputi perkara berikut:


Orang yang mengundang adalah mukallaf, merdeka serta sihat pemikirannya.

Tidak dikhususkan kepada orang kaya saja.

Orang mengundang beragama Islam.

Tidak ada kemungkaran.

Orang yang diundang tidak mengalami keuzuran syarie

Outstation ke Sarawak





Gambar outstation ke Sungai Petani





nih gambar sewaktu aku diarah bertugas ke sungai petani

Gambar Kt Restaurant KFC


Gambar isteri aku dan kawan2nya gi buat perjumpaan kat KFC

Lembu yang ditumbangkan ketika sempena kesyukuran aku dapat keje kat UMK






Lembu di sembelih sempena kenduri kesyukuran aku dapat keje...alhamdulillah rezki agak baik sbb tu aku bernazar nak sembelih lembu lagipun kerja susah nak dapat.jadi lembu ni lah tanda syukur aku pada Allah