02 Februari 2010

LAGI GAMBAR PERJALANAN SEKITAR SABAH


GAMBAR KETIKA LAWATAN KERJA DI SABAH





TAHNIAH BUAT JAMEY SEBAB DAPAT KPLI-SR DI KENINGAU,SABAH



Assalamualaikum dan salam 1malaysia,mudah2an di rahmati Allah Azzawajalla...pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada adik aku kerana dapat tawaran KPLI-SR kt Institut Perguruan Keningau, Sabah.Sungguh bertuah buat adik aku sebab selepas menamatkan pelajaran kat Universiti Sains Islam Malaysia atau singkatannya USIM, beliau hanya menganggur selama 4 bulan di rumah.Alhamdulillah pintu rezki terbuka luas buatnya kerana pada Khamis mlm jumaat 8/1/2009 setelah dapat makluman dari seorang kawannya pada kul 12.30 malam menyatakan namanya tersenarai untuk calon KPLI-SR ambilan Januari 2010.Pada malam tu dalam nyenyak aku tido, tiba2 adik aku mesej mengatakan Jamey dapat KPLI.Huh bukan kepalang emak dan ayah aku gembira,almaklumlah selepas aku dapat kerja kat goverment maka adik aku pula membawa harapan untuk keluarga aku.Aku bersyukur atas didikan emak dan ayah aku yang banyak berkorban untuk aku adik beradik.Mudah2an setiap titis peluh mak aku di berkati Allah S.W.T hingga ke Akhirat nanti.Insyaallah pada 16/1/2009 nanti Jamey akan bertolak ke sana,Insyaallah dia akan lapor diri pada 18/1/2009 di Institut Perguruan Keningau,Sabah.Aku pun akan hantar jugok tp setakat LCCT KLIA jah.Saje bowok ayah aku kenal2 LCCT, yerla sbb aku dah kerap sangat dah naik kapal terbang, jadi aku hadiahkan ko ayah aku tiket kapal terbang sekeping kerana berjaya didik adik aku dan aku supayo jadi ore.Pada hari tu aku pun akan gi jugok setakat LCCT jah yerla adik aku tak pernah naik flight jadi aku bimbang kot dia terjun dari kapal terbang...hehehehehe...okey...sapo2 hok ade masa bolehla gi jale umah mek aku jumaat nih sebab nakwat semaye hajat sikit.hehehe..

RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu! Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang - yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpakan penyakit pada badannya, dan kepicikan pada rezekinya."

Anas r.a

Huraian
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu! Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang - yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpakan penyakit pada badannya, dan kepicikan pada rezekinya."

ANTARA SI COMEL & SI MANJA




Ini gambar si comel dan si manja kesayanganku,si comel ku ambil dari rumah kawan kepada abang aku ,sewaktu di bawa pulang si comel ni agak agresif sedikit dan juga liar namun hasil dari didikan kuarga aku maka si comel menjadi baik dan jinak ,tiap2 kali aku memegang plastik makanan ianya terkejar2 untuk dapatkan makanan...si manja pun macam tu baik,jinak dan amat manja ( memang patutlah di panggil manja)hehehe...bukan sahaja manja tapi penuh keriangan.Si Manja ni walau kecil tp geletah kerana kerjanya memang beranak lepastu beranak..hehehehe

adik aku yang grad di USIM


Dalam gambar ni adalah adik aku yang baru tamat belajar kat University Sains Islam Malaysia(dulu dikenali sebagai KUIM,baru2 ni dia pohon jwtn guru KPLI-JqaF..doa-doalah mudah2an dia dapat kerja tu sekurang2nya hilang sikit beban mek aku so tak payahla nak bersengkang mata cari duit dengan menjual tepung bungkus

Majlis-kesyukuran-perkahwinan & pembaziran

SINONIM dengan musim cuti persekolahan dikalangan masyarakat malaysia,maka ramailah kalangan anggota masyarakat mengambil kesempatan untuk mengadakan kenduri kahwin melambangkan kegembiraan dan kesyukuran lantaran bercantum dua hati insan dalam ikatan pernikahan.

Tidak kira di bandar atau kampung, kenduri kahwin berlangsung dalam suasana meriah tanpa mengira kecil atau besar sambutan mengikut kemampuan ekonomi pengantin dan keluarga yang mengadakannya.

Anas bin Malik dalam hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW melaksanakan majlis kenduri kahwin dengan seekor kambing untuk isterinya dan juga untuk Zainab.

Jelas daripada mafhum hadis itu bahawa hukum mengadakan walimah atau kenduri perkahwinan adalah diharuskan sebagai mengumumkan suatu ikatan pernikahan, tetapi hendaklah mengikut batas ditetapkan syariat Islam.

Menurut pandangan Syed Sabaq dalam salah sebuah kitabnya, beliau menerangkan walimah atau kenduri kahwin dapat dilaksanakan ketika berlangsungnya akad nikah atau sesudahnya.

Diriwayatkan oleh Bukhari menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengundang sahabat Baginda untuk menghadiri majlis walimah sesudah Baginda mencampuri isterinya iaitu Zainab.

Pada kisah Abi Usaid juga didapati bahawa walimah yang dilakukan beliau di mana Rasulullah menghadirinya, Abu Usaud menghidangkan kurma yang disimpan pada malam harinya. Ia bermakna, makanan yang ingin dihidangkan pihak keluarga yang mengadakan walimah itu terpulanglah kepada kemampuan mereka.

Yang ingin dijelaskan daripada kisah itu, Islam memberi perhatian istimewa terhadap majlis kenduri kahwin sebagai tanda penghebahan kepada masyarakat bahawa suatu ikatan pernikahan sudah berlangsung dalam keluarga berkenaan.

Namun begitu, dalam mengadakan majlis kenduri kahwin ini, janganlah pula ada di kalangan keluarga Islam yang mengadakannya dengan melampau batas syariat.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang boros itulah saudara syaitan. Dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.”

Sudah menjadi budaya masyarakat barangkali, apabila golongan mewah dan kaya mengadakan kenduri kahwin, jarang sekali mendahulukan orang miskin serta kurang berada sebagai tetamu.

Hal ini dijelaskan Rasulullah SAW dalam sabdanya bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang-orang kaya saja, orang-orang fakir dan miskin tidak pula diundang untuk makan bersama.” (Hadis riwayat Bukhari)

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu dijemput ke majlis perkahwinan, maka hendaklah ia mendatangi majlis tersebut.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab yang ditulis Syed al-Bari ada menyatakan bahawa syarat undangan yang wajib dipenuhi antara lain hendaklah meliputi perkara berikut:


Orang yang mengundang adalah mukallaf, merdeka serta sihat pemikirannya.

Tidak dikhususkan kepada orang kaya saja.

Orang mengundang beragama Islam.

Tidak ada kemungkaran.

Orang yang diundang tidak mengalami keuzuran syarie

Outstation ke Sarawak





Gambar outstation ke Sungai Petani





nih gambar sewaktu aku diarah bertugas ke sungai petani

Gambar Kt Restaurant KFC


Gambar isteri aku dan kawan2nya gi buat perjumpaan kat KFC

Lembu yang ditumbangkan ketika sempena kesyukuran aku dapat keje kat UMK






Lembu di sembelih sempena kenduri kesyukuran aku dapat keje...alhamdulillah rezki agak baik sbb tu aku bernazar nak sembelih lembu lagipun kerja susah nak dapat.jadi lembu ni lah tanda syukur aku pada Allah

hahaha..inilah ikan sebarau sungai berhala-5...akhirnya dok dalam tangan aku..




hahaha..inilah ikan sebarau sungai berhala-5...akhirnya dok dalam tangan aku..
bukan main lagi budak yang pakai baju warna putih tu..seronok tul dia pegang ikan..hehehe