14 Ogos 2008

12 jenis manusia dibangkitkan dari Kubur

DIRIWAYATKAN bahawa Rasulullah s.a.w. menangis hingga membasahi bajunya ketika ditanya oleh Mu’adz bin Jabbal mengenai maksud firman Allah s.w.t.: “Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala, lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”

Apabila ditanya punca baginda bersedih, Rasulullah bersabda: “Engkau bertanya mengenai sesuatu yang dahsyat. Umatku akan dikumpul dan dibangkitkan di hari kiamat dalam 12 kelompok.”

Kelompok pertama akan dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki, lalu terdengar suara Allah:“Mereka ini adalah orang yang ketika didunia dulu senang mengganggu jirannya, maka inilah balasannya dan nerakalah tempat baginya.”


Kelompok kedua pula di bangkitkan dalam keadaan berbentuk babi kerana ketika di dunia golongan ini malas seperti firman Allah: “Celakalah! Mereka yang mengerjakan solat, iaitu lalai dalam solatnya.”


Kelompok ketiga dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan perut membesar seperti gunung, dengan didalamnya penuh ular dan kala jengking kerana ketika di dunia mereka tidak membayar zakat.


Kelompok keempat pula dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga, mereka suka berdusta.


Kelompok kelima pula dalam keadaan lebih buruk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang, tetapi tidak takut kepada Allah.


Kelompok keenam akan dibangkitkan dengan keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberikan kesaksian palsu.


Kelompok ketujuh akan dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.


Kelompok kelapan akan dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan keduadua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup di dunia golongan ini suka berzina dan mati tanpa sempat bertaubat.


Kelompok kesembilan pula dibangkitkan dari kubur dalam keadaan wajahnya yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya dipenuhi api kerana ketika di dunia dulu mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.


Kelompok kesepuluh dibangkitkan dalam keadaan penuh kusta dan sopak kerana ketika hidup didunia menderhakai kedua orang tuanya.


Kelompok kesebelas akan dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai ke perut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha, perutnya penuh dengan kekotoran kerana ketika hidup di dunia mereka gemar minum arak dan mati sebelum sempat bertaubat.


Bagaimanapun kelompok kedua belas, mereka akan dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan mereka akan melewati sirat (titian) seperti kilat yang menyambar kerana golongan ini ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjamaah. Mereka mati dalam keadaan bertaubat, maka balasannya ialah syurga, pengampunan, rahmat dan nikmat.

Apakah itu Puasa?

Fiman Allah S.W.T yang bermaksud " Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183


Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."
--------------------------------------------------------------------

PENGERTIAN PUASA

Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB

1.Puasa bulan Ramadan
2.Puasa kifarat
3.Puasa nazar.

PUASA SUNAT

1.Puasa enam hari pada bulan Syawal
2.Puasa hari Arafah
3.Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
4.Puasa bulan Syaaban
5.Puasa Isnin dan Khamis
6.Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH

Puasa yang terus menerus sepanjang masa
Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM

1.Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
2.Puasa pada hari raya pertama Haji
3.Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.


SYARAT WAJIB PUASA

1.Berakal
2.Akhir Baligh (Cukup umur)
3.Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA

1.Islam
2.Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
3.Suci daripada haid dan nifas
4.Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA

1.Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
2.Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

1.Makan dan minum dengan sengaja
2.Muntah dengan sengaja
3.Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
4.Keluar darah haid atau nifas
5.Gila
6.Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA

1.Orang yang sakit
2.Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
3.Orang tua yang sudah lemah
4.Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

11 Ogos 2008

Peristiwa Isra' dan Mi'raj

ERTI Israk ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada suatu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, dalam waktu yang singkat.

Erti Mikraj ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit) sampai ke tujuh langit dan selanjutnya sampai ke Sidratul Muntaha, yakni dari Masjidil Aqsa di Palestin naik ke atas melalui beberapa lapisan yang bertingkat, terus menuju Baitul Makmur dan ke Sidratul Muntaha, ke Arasy untuk menerima wahyu Allah yang mengandungi perintah solat lima waktu sehari semalam.


Peristiwa itu berlaku pada tanggal 27 Rejab tahun ketiga sebelum nabi hijrah. Ketika itu nabi sedang tidur di makam Nabi Ismail a.s dekat Kaabah yang diapit oleh dua orang saudaranya bernama Jaafar bin Abi Talib dan Hamzah bin Abu Talib.

Dengan tiba-tiba, datanglah malaikat Jibril membawanya dan membelah dadanya dan dibasuh dengan air zam-zam, lalu diisinya dengan iman dan hikmah, kemudian ditutup kembali.



Pada langit pertama, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Adam a.s.


Pada langit kedua, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Isa a.s.


Pada langit ketiga, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Yusuf a.s.


Pada langit keempat, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Idris a.s.


Pada langit kelima, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Harun a.s.


Pada langit keenam, Nabi bertemu dengan Nabi Musa a.s.


Pada langit ketujuh, Nabi bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s.

Di langit ketujuh ini Nabi juga diperlihatkan alam ghaib malaikat yang setiap harinya tidak kurang daripada 70,000 malaikat keluar masuk.

Ada keterangan lain menerangkan, Baitul Makmur itu adalah sebuah masjid di langit, yang letaknya setentang searah dengan Kaabah.

Sampai di langit ketujuh ini Nabi terus dibawa ke langit yang lebih atas lagi dengan nama Sidratul Muntaha dan terus ke Mustawa. Di sini Nabi diperlihatkan Sidrah dan gerak geri qalam dalam menulis. Juga Nabi diperlihatkan bentuk ma laikat Jibril dalam bentuk yang sebenarnya.

Selepas Nabi melalui pengalaman mengelilingi planet di ruang angkasa dibukalah hijab atau tabir yang menutupi penglihatan baginda untuk memperkukuhkan iman.

Baginda kemudian berhadapan dan menerima wahyu solat lima waktu yang sebelumnya melalui proses perjuangan pergi balik atas usul Nabi Musa a.s.

Selepas berjaya Rasulullah s.a.w kembali lagi ke Masjidil Haram Makkah dengan selamat dan bersyukur kepada Al lah.

Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Nabi s.a.w diperlihatkan dengan bermacam-macam gambaran sebagai ibadat yang mungkin bermanfaat bagi umat atau generasi berikutnya.

05 Ogos 2008

04 Ogos 2008

BERKATALAH YANG BAIK-BAIK ATAU DIAM

Sabda Nabi S.a.w yang bermaksud; Dari Abu Hurayrah radiyallahu’anh bahawa Rasullallah salla bersabda ;Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian,maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam.Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian,maka hendaklah ia memuliakan jirannya.Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian,maka hendaklah ia memuliakan tamunya(riwayat Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadith tersebut sesungguhnya Rasullallah sangat menitik beratkan umat islam didalam berkata-kata dan juga memuliakan jiran tetangganya dan juga memuliakan tetamunya.Pada hadith tersebut juga Rasulallah menerangkan sifat yang baik yang menjadi adab sopan bagi orang yang beriman.Sifat itu ialah berkata baik atau diam ,memuliakan jiran dan tetamu.Mengenai berkata baik atau diam,Rasulallah menerangkan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian,maka hendaklah ia berkata yang baik atau hendaklah diam.Imam Syafie menyatakan ;Makna hadith ini bahawa apabila seseorang yang ingin berkata-kata hendaklah ia berfikit,Bila ternyata tidak ada bahaya atasnya,berkatalah.Tetapi bila ternyata sebaliknya ,maka diamlah.Abu al-Qasim al-Qushairi(ulama tasawuf) berkata Diam yang tepat pada waktunya adalah sifat orang-orang besar,dan berkata pada waktunya adalah perkara yang sangat mulia.Rasullallah mengajar supaya seorang yang beriman selalu mengawasi perkataannya dan membiasakan diamnya kalau diam itu ada terlebih bari dari berkata-kata.Tetapi jika seandainya diam itu bukan pada tempatnya ,maka sudah tentu dicela.Diam seperti ini ialah diam dari mengatakan yang hak dan menegur suatu yang salah,dan orang yang seperti inilah dikatakan syaitan yang kelu(barangsiapa diam dari yang benar maka ia syaitan yang kelu).Berkenaan dengan perkara berkata dan diam,ada lagi hadith yang lain menyebut yang maksudnya;Sesungguhnya engkau sentiasa sejahtera selama engkau diam.Tetapi apabila engkau berkata,ditulis bagi engkau atau atas engkau (yang baik atau yang jahatnya)”.(dari hadith Mu’adh bin Jabal) didalam hadith lain pula Nabi bersabda yang bermaksud;Sesungguhnya seseorang lelaki yang berkata dengan satu kalimah yang ia fakir tidak ada apa-apa akan terjerumus kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun”.(hadith riwayat Abu Hurayrah)Bersandarkan hadith ini sesungguhnya bercakap itu tidaklah dilarang secara umum,dan tidaklah disuruh berdiam secara mutlak.Tetapu apa yang mustahak diperhatikan disini pada keduanya ialah tentang perkara yang hendak dikatakan dan perkara yang hendak didiamkan ,berfaedah ataupun sebaliknya.Pendekkata,apa yang dikatakan oleh seseorang itu kalau tidak berhati-hati lebih banyak mendatangkan penyesalan dan mungkin pula menyebabkan dosa .Ada seorang berkata kepada temannya;kenapa saudara selalu diam?Jawabnya:Aku kerap-kali menyesal kerana berkata-kata tetapi aku tidak pernah menyesal kerana diam dari berkata-kata.Peribahasa juga mengatakan;”Luka kerana lidah sama dengan luka kerana tangan”.”Lidah seperti seekor anjing gila yang bila tidak di awasi dia akan menerkam mangsanya”.Sayyidina Ali didalam sajaknya berbunyi :

Kerana lidah tertarung,meninggalnya pemuda,
Tertarung kaki tiada mengapa,
Kerana lidah hilanglah Kepala,
Luka di kaki sembuh seketika.

Pernah juga disebut dan diriwayatkan bahawasanya Nabi S.a.w pernah bersabda;Bahawa sembilan puluh dari kesejahteraan itu adalah terletak pada diam seseorang kecuali waktu zikir kepada Alla.

Maka jelaslah kepada kita bilamana ingin berkata-kata maka mesti kena pada tempatnya jika sebaliknya diam adalah sebaik-baiknya.Wallah hu Aklam.

Hadith berkenaan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Biografi
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Rujukan:www.ashtech.com.my

Pengertian Jinayat

Jinayah menurut fuqaha' ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

Penta`rifan tersebut adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib di kenakan hukuman qisas atau diyat.

Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya adalah termasuk dalam jinayah yang umum yang tertakluk di bawahnya semua kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.

Faedah dan manafaat daripada Pengajaran Jinayat :-

1) Menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku berbunuhan sesama sendiri dan sebagainya

2) Menjaga keamanan maruah di dalam masyarakat daripada segala fitrah tuduh-menuduh.

3) Menjaga keamanan maruah di dalam harta benda dan nyawa daripada kecurian, ragut dan lain-lain.

4) Berhubung dengan keamanan negara dan menyelenggarakan keselamatan diri.

5) Perkara yang berhubung di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir di dalam negara Islam Pembunuhan

03 Ogos 2008

Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Rombongan Abdul Qais telah datang berjumpa Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Kami berasal dari perkampungan Rabi'ah. Hubungan kami dan engkau terhalang oleh orang-orang kafir Bani Mudhar. Oleh itu kami tidak dapat datang menemuimu kecuali pada bulan Haram iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab. Oleh yang demikian, perintahkanlah kami dengan sesuatu yang mampu kami lakukan dan kami sampaikan kepada orang lain. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Aku memerintahkan kamu empat perkara dan melarang kamu empat perkara. Iaitu beriman kepada Allah. Kemudian baginda menjelaskannya kepada mereka. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Mengucap Dua Kalimah Syahadat iaitu: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan mengeluarkan satu perlima dari harta rampasan perang. Manakala aku melarang kamu agar tidak membuat arak di dalam bekas yang diperbuat dari labu, bekas yang diperbuat dari campuran tanah, rambut dan darah, bekas yang diperbuat secara melubangkan batang pokok atau bekas yang dilumurkan dengan tar