04 Ogos 2008

BERKATALAH YANG BAIK-BAIK ATAU DIAM

Sabda Nabi S.a.w yang bermaksud; Dari Abu Hurayrah radiyallahu’anh bahawa Rasullallah salla bersabda ;Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian,maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam.Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian,maka hendaklah ia memuliakan jirannya.Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian,maka hendaklah ia memuliakan tamunya(riwayat Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadith tersebut sesungguhnya Rasullallah sangat menitik beratkan umat islam didalam berkata-kata dan juga memuliakan jiran tetangganya dan juga memuliakan tetamunya.Pada hadith tersebut juga Rasulallah menerangkan sifat yang baik yang menjadi adab sopan bagi orang yang beriman.Sifat itu ialah berkata baik atau diam ,memuliakan jiran dan tetamu.Mengenai berkata baik atau diam,Rasulallah menerangkan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian,maka hendaklah ia berkata yang baik atau hendaklah diam.Imam Syafie menyatakan ;Makna hadith ini bahawa apabila seseorang yang ingin berkata-kata hendaklah ia berfikit,Bila ternyata tidak ada bahaya atasnya,berkatalah.Tetapi bila ternyata sebaliknya ,maka diamlah.Abu al-Qasim al-Qushairi(ulama tasawuf) berkata Diam yang tepat pada waktunya adalah sifat orang-orang besar,dan berkata pada waktunya adalah perkara yang sangat mulia.Rasullallah mengajar supaya seorang yang beriman selalu mengawasi perkataannya dan membiasakan diamnya kalau diam itu ada terlebih bari dari berkata-kata.Tetapi jika seandainya diam itu bukan pada tempatnya ,maka sudah tentu dicela.Diam seperti ini ialah diam dari mengatakan yang hak dan menegur suatu yang salah,dan orang yang seperti inilah dikatakan syaitan yang kelu(barangsiapa diam dari yang benar maka ia syaitan yang kelu).Berkenaan dengan perkara berkata dan diam,ada lagi hadith yang lain menyebut yang maksudnya;Sesungguhnya engkau sentiasa sejahtera selama engkau diam.Tetapi apabila engkau berkata,ditulis bagi engkau atau atas engkau (yang baik atau yang jahatnya)”.(dari hadith Mu’adh bin Jabal) didalam hadith lain pula Nabi bersabda yang bermaksud;Sesungguhnya seseorang lelaki yang berkata dengan satu kalimah yang ia fakir tidak ada apa-apa akan terjerumus kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun”.(hadith riwayat Abu Hurayrah)Bersandarkan hadith ini sesungguhnya bercakap itu tidaklah dilarang secara umum,dan tidaklah disuruh berdiam secara mutlak.Tetapu apa yang mustahak diperhatikan disini pada keduanya ialah tentang perkara yang hendak dikatakan dan perkara yang hendak didiamkan ,berfaedah ataupun sebaliknya.Pendekkata,apa yang dikatakan oleh seseorang itu kalau tidak berhati-hati lebih banyak mendatangkan penyesalan dan mungkin pula menyebabkan dosa .Ada seorang berkata kepada temannya;kenapa saudara selalu diam?Jawabnya:Aku kerap-kali menyesal kerana berkata-kata tetapi aku tidak pernah menyesal kerana diam dari berkata-kata.Peribahasa juga mengatakan;”Luka kerana lidah sama dengan luka kerana tangan”.”Lidah seperti seekor anjing gila yang bila tidak di awasi dia akan menerkam mangsanya”.Sayyidina Ali didalam sajaknya berbunyi :

Kerana lidah tertarung,meninggalnya pemuda,
Tertarung kaki tiada mengapa,
Kerana lidah hilanglah Kepala,
Luka di kaki sembuh seketika.

Pernah juga disebut dan diriwayatkan bahawasanya Nabi S.a.w pernah bersabda;Bahawa sembilan puluh dari kesejahteraan itu adalah terletak pada diam seseorang kecuali waktu zikir kepada Alla.

Maka jelaslah kepada kita bilamana ingin berkata-kata maka mesti kena pada tempatnya jika sebaliknya diam adalah sebaik-baiknya.Wallah hu Aklam.

Tiada ulasan: