24 Julai 2008

Pengertian Taqwa yang sebenarnya

Dari Abu Dzar jundub Bin Junadah dan Abu Abdul Rahman Muadz Bin Jabal Radiyallahu anhuma dari Rasullallah sallalllahu alayhi wasallam sabdanya:Bertaqwalah kepada Allah dimana saja engkau berada.Dan ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan ,nescaya menghapuskannya(kejahatan).Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang bagus .(Hadith diriwayatkan Al-Tarmizi.)Hadith yang telah disebutkan tadi merupakan hadith yang penting bagi umat Islam keseluruhannya didalam menjaga aspek perhubungan antara manusia dengan Allah dan juga manusia sesama manusia dan juga menjelaskan betapa dan bagaimana sifat Taqwa kepada Allah itu diamalkan,dan menjelaskan juga betapa mustahak menjaga budi pekerti terhadap manusia.Pada hadith ini Rasullallah ada menerangkan perkara taqwa dan berkaitan dengannya dijelaskannya secara perintah:”Bertaqwalah kepada Allah dimana saja engakau berada”maksudnya disini menurut pengertian yang selalu digunakan ialah :Takutilah kepada Allah dimana saja engkau berada ,sama ada ditempat yang ramai mahupun ditempat yang sunyi jauh dari pandangan mata manusia.Erti taqwa kepada Allah ialah melaksanakan segala yang wajib dan meninggalkan segala yang haram.Sebagaimana disebut didalam firman Allah yang bermaksud:Dan apa-apa yang didatangkan kepada kamu oleh Rasul kamu maka hendaklah kamu ambil(ikut)dan apa jua ditegahkan olehnya maka hendaklah kamu hindarkan).Perkataan taqwa yang disebut disini adalah sedikit atau hanya sepatah perkataan untuk disebut akan tetapi ia merangkumi pengertian yang sangat luas dan juga lengkap merangkumi segala aspek dan perilaku umat Islam keseluruhannya.Taqwa dan juga ketaqwaan kepada Allah hendaklah kita selalu lakukan walau dimana seseorang itu berada sama ada secara berseorangan(tidak ada orang yang melihatnya)mahupun dikalayak ramai yang orang lain mampu untuk melihat gerak-geri dan perilakunya.Didalam ayat Al-quranul Karim Allah taala ada menyebutkan tentang faedah ketakwaan kita kepada Alllah dan antaranya ialah menghindarkan diri kita dari terjerumus kelembah kebinasaan,juga mempertingkatkan jati diri seseorang muslim didalam mencapai kecemerlangan dan kegemilangan didunia maupun di Akhirat.sebagaimana firmannya yang bermaksud “ Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allalh ,nescaya Allah menjadikan baginya satu jalan keluar dan ia kurniakan dia dari jalan yang ia tidak disangka-sangka.”Menurut keterangan dikalangan mufassirin(ahli tafsir),ayat tersebut diturunkan berhubung dengan suatu peristiwa dimana seorang sahabat dating mengadu kepada Rasulallah S.a.w mengenai hal anaknya yang telah ditawan oleh musuh lantaran itu Rasulallah s.a.w menyuruhnya bersabar dan ia pun bersabarlah maka tidak lama kemudian,anaknya berjaya melarikan diri dari tawanan musuh,dan terus pulang dengan membawa beberapa ekor kambing yang di ambil dari kepunyaan musuh yang menawannya.Maka dengan kepulangan anaknya,gembiralah hatinya serta merasa beruntung dengan ia mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka kerana inilah salah satu kelebihan atau faedahnya bertaqwa dengan sifat kesabaran.Sebagaimana disebut juga oleh Rasullallah S.a.w pada hadith ini supaya dikalangan umat islam hendaklah bertaqwa kepada Allah dengan cara memelihara diri melakukan setiap kesalahan(budi pekerti) dan juga boleh dipandang seorang oleh manusia tidak kira dimana dia berada selagi mana ianya bergelar manusia.Sekiranya kita amati hadith tersebut maka disini terkandung tiga Hak yang penting yang wajib kita laksanakan:Pertamanya; Hak kita kepada Allah,Kedua;Hak mukhallaf dan yang Ketiga;Hak Hamba terhadap Allah dan juga manusia.Hak Allah ditakrifkan sebagai menunaikan tanggungjawab terhadap yang diperintah dan dilarangnya.Hak mukhallah ialah menghindarkan dari melakukan kesilapan,dan Hak Hamba terhadap Allah dan juga manusia ialah taqwa kepada Allah dan juga menjaga peribadi dan juga adab budi pekerti dan juga hak sesame manusia.Wallah hu Aklam.
Skrip by:el_ilbiani@yahoo.co.uk

Tiada ulasan: